Siri TV Riverdale Sudah Temui Jughead dan Betty

203

Written by:

Baru-baru ini, saluran CW ada mengumumkan bahawa siri TV ‘live-action’ berdasarkan komik popular Archie berjudul Riverdale akan menemui kita menjelang tahun hadapan. Terkini melaporkan mereka telah pun menjumpai pelakon untuk memegang watak Jughead Jones dan Betty Cooper!

130867

Berdasarkan sumber, bekas pelakon untuk Disney Channel iaitu Cole Sprouse akan memegang watak Jughead manakala pelakon Surviving Jack iaitu Lili Reinhart akan memegang watak Betty Cooper.

Skrip siri TV Riverdale ini nanti akan ditulis oleh Ketua Pegawai Kreatif (CCO) Archie Comics, Roberto Aguirre-Sacasa dan diterbitkan oleh Warner Bros. Studios dan Berlanti Productions. Nantikan lebih banyak lagi pengumuman pemilihan pelakon untuk Archie dan rakan-rakannya tidak lama lagi.

Last modified: February 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *