Netflix Sedang Membangunkan Siri The Legend of Zelda

253

Written by:

Netflix mempunyai beberapa siri tv yang dibangunkan oleh mereka sendiri dan disiarkan khusus melalui platform penstriman atas-talian mereka. Terkini, ia dilaporkan Netflix sedang membangunkan siri live-action untuk The Legend of Zelda.

The Legend of Zelda merupakan salah satu siri permainan popular yang mempunyai peminat yang ramai seluruh dunia. Ia membawakan jalan cerita seorang budak biasa bernama Link yang perlu menyelamatkan puteri Zelda – dan dalam proses berkenaan, pelbagai rintangan yang dilalui oleh Link.

Netflix dikatakan sedang bekerjasama dengan Nintendo dalam proses berkenaan, dan mereka masih sedang mencari penulis untuk siri baru ini. Siri The Legend of Zelda ini juga secara kasar dikatakan akan membawakan jalan cerita dan latar yang lebih kurang seperti “Game of Thrones” atau “Lord of the Rings” tetapi lebih mesra keluarga.

Last modified: February 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *