Hunter X Hunter Akan Disambung Penerbitannya Pada 19 Mac

382

Written by:

Salah satu manga yang seusia dengan One Piece, Naruto, adalah Hunter X Hunter. Bagi anda yang tidak begitu mengenali siri ini, ia mengisahkan Gon bagi mencari bapanya yang meninggalkannya sewaktu kecil kerana kerjaya bapanya seorang pemburu handalan. Didalam dunia komik ini, Pemburu merupakan kerjaya yang disegani, tidak terhad kepada berburu binatang, malah terdapat kategori seperti pemburu resipi makanan, pemburu arkeologi, dan sebagainya.

Siri yang telah mula diterbitkan sejak tahun 1998 ini sebenarnya telah mengalami pelbagai penangguhan, memandangkan mangaka (pelukis/penulis manga) Yoshihiro Togashii, kebanyakan masa bekerja berseorangan dan tidak mempunyai pembantu selain isterinya, Naoko Takeuchi yang juga merupakan mangaka Sailormoon. Selain itu beliau juga dihantui masalah kesihatan, mempengaruhi penerbitan manga Hunter X Hunter. Jika anda pernah membaca YuYu Hakusho, pasti anda tahu kesudahannya secara mengejut.

screenshot_898

Apapun, untuk Hunter X Hunter, manga ini dikatakan bakal disambung semula dan akan diterbitkan pada 19 Mac di Weekly Shonen Jump. Plot Dark Continent dijangka akan lebih kompleks dan lebih menarik dari sebelumnya. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya, dan berharap tiada lagi Hiatus X Hiatus.

Sumber – The Bit Bag.

Last modified: March 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *