Lobo Tidak Puas Hati Dengan Deadpool!?

345

Written by:

Logo_di_Lobo.svg

Berdasarkan satu sumber yang baru kami terima, Warner Bros. telah berjaya mendapatkan khidmat penulis skrip filem Wonder Woman, Jason Fuchs untuk mula menyiapkan skrip filem Lobo yang telah tertangguh sejak sekian lama.

Kali terakhir perkembangan rasmi tentang filem ini diterima adalah pada tahun 2012 apabila pengarah filem San Andreas, Brad Peyton dikatakan telah menandatangi kontrak untuk mengarahkannya. Namun disebabkan tiada khabar berita selepas itu, ramai di antara kita percaya bahawa produksi filem ini telah terkubur.

DeadpoolvsLobo_30

Mungkinkah perkembangan ini berlaku disebabkan oleh kejayaan luarbiasa yang telah dikecapi oleh seteru studio mereka di 20th Century Fox yakni Deadpool? Dengan jenaka dewasa bersadur humor luar kotak, filem yang dibintangi dan diterbitkan bersama oleh Ryan Reynolds itu dilaporkan telah mencecah kutipan pecah panggung sebanyak USD$710 juta seluruh dunia walaupun hanya bermodal produksi USD$58 juta.

Apa pendapat anda semua tentang laporan berita yang menarik ini?

Last modified: March 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *