Minat Naruto? Manga Anak Naruto, Boruto Akan Hadir Pada Mei

731

Written by:

Bagi para peminat anime dan manga Naruto, mungkin anda telah menonton filem Boruto yang telah diterbitkan pada tahun lepas. Kini, bergerak ke hadapan, ia diumumkan Boruto akan di-mangga-kan, dan bakal diterbitkan bermula bulan Mei ini.

Manga Boruto ini akan dilukis oleh Ikemoto yang sebelum ini telah bertugas dibawah pelukis Kishimoto yang melukis Naruto. Manga ini akan memfokuskan sepenuhnya kepada watak anak Naruto berkenaan.

Sebelum ini, Kishimoto telah menamatkan siri Naruto selepas lebih kurang 15 tahun, dan telah hadir dengan beberapa filem khusus untuknya selepas itu. Kishimoto kini dikatakan sedang membangunkan manga terbaru beliau, yang akan lebih memfokuskan kepada kisah sains-fiksyen.

Last modified: March 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *