Trailer Terakhir Untuk Daredevil 2 Sedia Ditonton

414

Written by:

Daredevil

SemasaTV

Daredevil merupakan salah satu siri-TV daripada Marvel yang ditayangkan khusus melalui perkhidmatan penstriman Netflix. Ia telah menerima maklumbalas dan reaksi positif daripada peminat untuk musim yang lepas, dan kini ramai menantikan Daredevil musim kedua yang akan ditayangkan dalam beberapa hari lagi.

Terkini, bersempena dengannya, pihak Netflix telah pun mengeluarkan trailer terakhir untuk Daredevil 2, yang mana pada masa yang sama menyertakan watak Punisher dan juga Elektra.

Daredevil musim kedua akan mempunyai 13 episod secara keseluruhan, dan akan mula ditayangkan pada 19 Mac 2016 ini di Netflix. Seperti biasa, kesemua 13 episod akan dikeluarkan pada waktu yang sama.

Last modified: March 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *