Lihat Foto Eksklusif Leia dan Luke Skywalker Bersatu Kembali di Set STAR WARS: EPISODE VIII!

472

Written by:

Berita ini mungkin berita sedih bercampur gembira.

Dalam dunia masih lagi bersedih dan berkabung akan pemergian pelakon dan penulis Carrie Fisher, sahabat beliau yang sama-sama berganding dalam filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens Oscar Isaac telah berkongsi sebuah foto istimewa yang diambil bersama ‘saudara kembar’ beliau, Mark Hamill di sebalik tabir produksi Star Wars: Episode VIII.

Kedua-dua pelakon popular itu kelihatan sedang berehat dan masih mengenakan kostum mereka sebagai watak Jeneral Leia Organa Solo dan Luke Skywalker.

Oscar Isaac yang memegang watak Poe Dameron turut berkongsi kata-kata ini bagi mengenang mendiang Carrie Fisher:

“She had no patience for pretense or small talk. She saw through things, at a different angle, with the gritty wisdom that comes from the hardest lessons. And, man, did she make me laugh. Will miss you dearly, Carrie.”

Masih tiada lagi perkhabaran tentang bagaimana pemergian watak kesayangan ramai itu akan memberikan kesan kepada masa depan francais dan sekuel baharu Star Wars. Tetapi kami boleh mengesahkan bahawa watak Jeneral Leia Organa Solo sebenarnya direncanakan untuk peranan yang lebih besar untuk filem-filem yang mendatang.

Biarpun dengan ketiadaan Carrie Fisher selepas ini, namun pertemuan semula dengan saudara kembarnya Luke Skywalker dalam filem Star Wars: Episode VIII hujung tahun ini yang belum berjudul itu bakal menghadirkan sinar kegembiraan buat semua peminat yang sudah pun mula merindui beliau.

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

Last modified: December 31, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *