Takdir Tony Stark Didedahkan dalam Isu Akhir CIVIL WAR II!

288

Written by:

Civil War II telah bertemu kesudahannya minggu ini dengan isu #8.

Siri mini Marvel tulisan Brian Michael Bendis dan dilukis oleh David Marquez itu telah mengalami pasang surut dan plot penceritaan sejak keluaran awal dengan kejutan-kejutan yang menjadi buah mulut serta persoalan pengkritik. Ini termasuk masalah kelewatan terbitan pada keluaran akhir komik tersebut.

Pendedahan akhir dan terbesar untuk isu penamat ini sudah tentunya takdir yang dialami Tony Stark.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramai yang meramalkan akan pengakhiran riwayat hidup beliau sebagai Iron Man. Malah apa yang berlaku pada isu ini jauh lebih memeranjatkan (mengecewakan?).


Pertempuran terakhir dalam komik ini menyaksikan Captain Marvel berhadapan rasa bersalah kerana mengakibatkan perisai Iron Man milik Tony Stark itu lebur dan menumbangkan beliau tidak sedarkan diri.

Namun apa yang lebih memeranjatkan di sini adalah ia tidak mengorbankan atau membunuh Tony Stark.

Pemeriksaan post-mortem telah dilakukan oleh Beast dan ia mendedahkan eksperientasi genetik misteri yang dilakukan oleh Tony Stark sendiri ke atas tubuh badannya untuk kekal bernyawa walaupun dalam keadaan koma. Perincian mengenai ‘eksperimen’ itu masih belum lagi diberikan konteks dan ini membuatkan pembaca terus berteka-teki, sama ada kita dapat melihat Iron Man bangkit kembali dalam masa terdekat atau terus terpasa menunggu untuk perkembangan terbaharunya di masa hadapan.

Kesimpulannya terletak di tangan anda. Sila berikan pendapat anda tentang kesudahan siri mini komik Civil War II di ruangan komen di bawah entri ini.

 

Last modified: December 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *