Scarlett Johansson Diumumkan Pelakon Paling Lumayan untuk 2016!

229

Written by:

AnimasiFilemGamingKomikMangaSemasa

Scarlett Johansson dengan rasminya telah dinobatkan sebagai pelakon paling lumayan (bukan terkaya) untuk tahun 2016 pada hari ini.

Pelakon tersebut yang cukup popular dengan watak Black Widow dalam filem-filem terbitan Marvel Studios seperti Iron Man, Captain America dan Avengers itu telah menduduki tangga teratas dalam senarai yang dilkeluarkan portal rasmi majalah Forbes. Majoriti mereka yang tersenarai dalam kelompok Top 10 dimonopoli oleh pelakon-pelakon ternama Hollywood yang pernah membintangi filem bergenre adiwira atau adaptasi komik.

Mereka terdiri daripada Chris Evans (USD$1.15 bilion), Robert Downey Jr. (USD$1.15 bilion), Margot Robbie (USD$1.1 bilion), Amy Adams (USD$1.04 bilion), Ben Affleck (USD$1.02 bilion), Henry Cavill (USD$870 milion), Ryan Reynolds (USD$820 juta) dan Will Smith (USD$875 juta).

Scarlet Johansson mengatasi Chris Evans dan Robert Downey Jr. dengan jualan kutipan tiket yang mencecah jumlah USD$1.2 billion. Ini berikutan kejayaan pecah panggung tertinggi tahun ini untuk filem Captain America: Civil War dan juga filem arahan adik-beradik berjudul Hail, Caesar!

Momentum untuk tahun 2017 dijangka akan berterusan buat beliau dengan kemunculan sebagai teraju utama dalam filem aksi-hidup manga/anime, Ghost in the Shell.

Dan apakah ini mungkin petanda mutakhir dan muktamad untuk kehadiran sebuah filem solo Black Widow buat beliau dan juga peminat filem Scarlett Johansson di seluruh dunia?

Last modified: December 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *