Wajah CEO Marvel Akhirnya Berjaya Dirakam bersama Bakal Presiden AS, Donald Trump!

426

Written by:

AnimasiFilemGamingKomikSemasaTV

CEO Marvel Entertainment, Isaac “Ike” Perlmutter dikenali kerana peribadinya yang unik dan pelik.

Dengan taksiran dan nilaian harta sebanyak USD$3.9 bilion, bilionair tersebut amat jarang sekali kelihatan di tempat awam dan tidak wujud sekeping foto pun dalam simpanan arkib rasmi Google, Getty Images atau AP (Associated Press). Dan nampaknya semua itu bakal berubah apabila sumber dari The Hollywood Reporter mendedahkan wajah beliau semasa sesi pertemuan dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada hari ini.

Ramai pemerhati sudah sedia maklum bahawa Ike Perlmutter adalah penyokong kuat Donald Trump dan beliau sendiri telah menyumbang sejumlah wang yang besar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini.

Namun pasti ramai juga yang bertanya: Siapa dan kenapa beliau perlu diberi perhatian?

Pertama sekali, beliau dikenali dengan sikap autokratik hingga ke tahap boleh menimbulkan suasana pecah-belah dan berantakan di dalam syarikat atau projek Marvel Entertainment. Ini terbukti dalam tempoh beberapa tahun beliau mentadbir Marvel sehingga menyebabkan mutu, kualiti dan jualan Fantastic Four dan X-Men merosot. Tidak kira sama ada dalam versi komik atau format filem.

Malah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dilaporkan pernah berang dan kecewa dengan sikap Ike Perlmutter sehingga terpaksa membuat keputusan untuk bertukar majikan dan melaporkan segalan urusan kepada Disney. Sekaligus menjadikan Marvel Studios dan Marvel Entertainment dua entiti perniagaan yang berbeza.

Antara kenyataan beliau yang pernah menarik perhatian pihak media sebelum ini ialah tentang pertukaran pelakon untuk watak James “Rhodey” Rhodes/War Machine dari Terence Howard kepada Don Cheadle dalam Iron Man 2 dan juga kritikan yang diterima kerana hampir tiada figura aksi dan produk permainan untuk watak Black Widow.

Wajah Ike Perlmutter yang kini berusia 74 tahun kini dapat dilihat bersama Donald Trump di bawah ini:

Last modified: December 30, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *