Siapakah Han Solo Muda Pilihan Anda?

345

Written by:

132144

Nampaknya pencarian untuk filem Han Solo versi muda sudah hampir ke fasa akhir.

Mengikut sumber-sumber yang melaporkan hari ini, ujibakat telah diadakan di bandaraya London minggu lalu dan berikut adalah antara nama-nama yang pasti dalam senarai akhir pengarah Phil Lord dan Christopher Miller:

Alden Ehrenreich (Hail, Caesar!), Jack Reynor (Transformers: Age of Extinction), Taron Egerton (Kingsman), Blake Jenner (Glee) dan Jack O’Connell (Unbroken).

Beberapa nama lain mungkin wujud dalam senarai calon akhir juga namun ia masih belum disahkan dan didedahkan sehingga kini. Sesiapa pun yang berjaya mendapatkan peranan sebagai watak utama tersebut akan muncul dalam filem Han Solo yang belum berjudul lagi dan dijaduallkan untuk tayangan di pawagam pada 24 Mei, 2018.

Last modified: March 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *