Teraju Utama Star Wars, Carrie Fisher Meninggal Dunia pada Usia 60

148

Written by:

Pelakon yang terkenal dengan watak Puteri Leia telah meninggal dunia pada usia 60 tahun hari ini.

Setelah beberapa hari mendapat laporan bahawa Carrie Fisher sedang dalam keadaan stabil rentetan dari serangan jantung mengejut dalam penerbangan dari London ke Los Angeles on pada hari Jumaat lalu, laporan berita hari ini dengan dukacitanya telah mengesahkan pemergiannya.

Jurucakap rasmi keluarga beliau, Simon Halls telah mengeluarkan kenyataan media rasmi bagi mewakili anak perempuan beliau:

“It is with a very deep sadness that Billie Lourd confirms that her beloved mother Carrie Fisher passed away at 8:55 this morning. She was loved by the world and she will be missed profoundly. Our entire family thanks you for your thoughts and prayers.”

Beliau seperti yang sudah diketahui umum amat terkenal dan cukup popular kerana memegang watak Puteri Leia Organa (kini Jeneral Leia Organa Solo)  dalam trilogi asal Star Wars dan Star Wars Episode VII: The Force Awakens tahun lalu. Selain daripada itu, beliau juga pernah muncul dalam The Blues Brothers, The Man with One Red Shoe, Hannah and Her Sisters serta When Harry Met Sally.

Selamat tinggal, Tuan Puteri. Semoga kuasa Force sentiasa bersama anda.

Last modified: December 29, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *