Filem BOBA FETT Kemungkinan Besar Hadir Selepas HAN SOLO?

208

Written by:

Sila beri perhatian dan baca entri ini untuk titipan masa hadapan.

Masih belum pasti apakah projek atau judul filem yang bakal ditayangkan menerusi slot antologi Star Wars selepas Rogue One dan Han Solo.

Akan tetapi, ada banyak petanda yang mengatakan ianya adalah Boba Fett.

Dengan sebuah skrip yang secara relatifnya sedang dalam proses pembikinan, laporan berita ini bukanlah kejutan besar untuk peminat-peminat setia francais ciptaan George Lucas itu. Biarpun pernah satu ketika diberitakan bahawa projek filem Boba Fett ini hampir-hampir tidak direalisasikan. Ini semua gara-gara nama pengarah Josh Trank (Fantastic Four, Chronicle) yang telah digugurkan sebelum projek tersebut berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari My Entertainment World, filem Boba Fett sudah pun disenaraikan untuk mula produksi dan ini satu petanda awal yang ia akan memulakan penggambaran dalam tempoh akan datang. Dan seperti lazimnya juga, ianya akan menggunakan fasiliti Pinewood Studios yang terletak di London. Malah sinopsis ringkas berikut turut dilampirkan:

“An origin story of the galaxy’s most notorious bounty hunter. Boba Fett is a Mandalorian warrior who was trained by his father-figure Jango Fett and became a notorious bounty hunter throughout the galaxy.” 


Tiada lagi kenyataan rasmi  dari Lucasfilm atau Disney Pictures.

Walau pun laporan seperti ini selalunya boleh dipersoalkan kesahihannya dan sinopsis cerita di atas barangkali ditulis oleh mana-mana agen atau agensi yang tidak berurusan terus dengan pihak studio, ia tetap adalah petanda positif untuk perjalanan seterusnya dalam siri antologi filem A Star Wars Story.

 

Last modified: December 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *