Lihat Pandang Pertama untuk Filem Animasi CAPTAIN UNDERPANTS!

372

Written by:

BukuFilemSemasa

Oh. Ho. Ho.. Adiwira ini memang unik.

Biarpun ramai peminat dan dan pengikut tegar filem adaptasi komik serta adiwira seperti Wonder Woman, Justice LeagueSpider-Man: Homecoming atau Guardians of the Galaxy Vol. 2 tidak sabar menanti kehadiran mereka semua menjelang tahun hadapan, DreamWorks Animation nampaknya telah menawarkan sesuatu yang berbeza dan lain daripada yang lain.

Filem yang dimaksudkan itu adalah Captain Underpants.

Dengan lakon suara utama oleh Ed Helms (Vacation, The Hangover Trilogy), filem animasi penuh ini telah diadaptasi dari buku kanak-kanak terlaris berkonsepkan humor adiwira tulisan Dav Pilkey. Setakat ini, terdapat 13 judul buku di bawah judul Captain Underpants termasuk 3 judul terbitan sampingan (spin-offs).

Filem tersebut sepertimana bukunya, mengisahkan dua orang sahabat baik George Beard lakonan Kevin Hart (Central Intelligence, Jumanji) dan Harold Hutchins lakonan Thomas Middleditch (Silicon Valley, The Bronze) yang telah berjaya menghipnosis pengetua mereka yang garang lagi bengis, Mr. Krupp bertukar menjadi Captain Underpants bersempena adiwira komik ciptaan mereka sendiri!

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Entertainment Weekly, pengarah David Soren yang pernah tampil dengan filem Turbo dan Shark Tale telah memilih Professor Poopypants sebagai seteru utama dan saingan lawan untuk Captain Underpants:

“I mean, with a name like that, he’s kind of irresistible. The lovely thing is that we have two creative boys at the center of this thing, so anything they dream up really is something we can just lean into heavily. It constantly keeps the story feeling like it’s been made by two fourth graders, as opposed to me.”

Dengan inspirasi yang diambil terus daripada siri buku tersebut yang menggabungkan prosa cerita dengan ilustrasi sekuen ala komik, filem ini juga turut menerapkan animasi CGI tradisional dengan adunan format unik lain seperti babak komik 2D lukisan tangan serta boneka stoking (sock puppet).

Captain Underpants akan berada di pawagam seluruh dunia pada 2 Jun, 2017.

Last modified: December 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *