Tonton Treler Teaser Rasmi ALIEN: COVENANT!

218

Written by:

Tidak banyak yang dapat diperkatakan tentang treler rasmi sulung untuk filem Alien: Covenant ini.

Namun memang banyak pembayang dan teori  boleh kita ramalkan dan apa yang pasti adalah daripada apa yang dipertontonkan, fokus utama kali ini pastinya akan terarah lebih kepada DNA sebuah francais filem klasik Alien berbanding filem prekuelnya Prometheus yang ditayangkan 5 tahun dulu.

Ini jelas terbukti apabila wujud elemen-elemen ‘survival horror’ dan sarat babak-babak suspen di setiap saat treler tersebut berputar. Biarpun dengan pendekatan yang lebih ekstrem dan gori, hanya sedikit butiran tentang plot cerita yang dikongsikan bersama oleh pengarah dan pencipta asal filem fiksyen sains thriller ini, Ridley Scott (The Martian, Black Hawk Down, Gladiator) serta masih menunggu treler penuhnya untuk tahun hadapan.

Untuk yang masih kurang jelas tentang penghasilan filem ini, berikut adalah sinopsis rasmi yang pernah didedahkan beberapa bulan lalu:

 “Bound for a remote planet on the far side of the galaxy, the crew of the colony ship Covenant discovers what they think is an uncharted paradise, but is actually a dark, dangerous world — whose sole inhabitant is the ‘synthetic’ David (Michael Fassbender), survivor of the doomed Prometheus expedition.”

Antara teraju utama yang hadir untuk Alien: Covenant terdiri daripada Katherine Waterston, Danny McBride, Demián Bichir, Billy Crudup, Noomi Rapace dan Guy Pearce.

Ia akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Mei, 2017.

Last modified: December 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *