Hasbro Dan Mattel Dilaporkan Telah Mengadakan Perbincangan Untuk Bergabung

251

Written by:

Hasbro dan Mattel merupakan dua jenama pengeluar permainan yang popular dari Amerika Syarikat. Terkini, ia dikatakan kedua-dua syarikat gergasi berkenaan telah mengadakan perbincangan untuk bergabung menjadi satu entiti yang baru.

Hasbro merupakan salah satu pengeluar permainan yang popular, dimana mereka mengeluarkan anak patung puteri Disney, Star Wars, serta mempunyai produk terkemuka seperti Transformers, GI Joe, Monopoly, Play-Doh dan sebagainya dibawah keluaran mereka.

Mattel juga tidak ketinggalan dengan pengeluaran mereka untuk anak patung Barbie, dan turut terkenal dengan pengeluaran kereta Hot Wheels.

Ia dikatakan Hasbro telah berhubung dengan Mattel berkenaan transaksi pada penghujung tahun lepas, dan kedua-dua syarikat sedang berbincang sejak daripada itu.

Buat masa ini, ia sekadar perbincangan sahaja, dan tidak sah lagi sama ada mereka akan bersatu ataupun tidak. Sebelum ini, pada tahun 1996 yang lepas, Mattel telah menawarkan Hasbro $5.2 bilion untuk mengambil-alihnya, tetapi tawaran tersebut kemudian ditarik kembali.

Last modified: February 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *