Wajah Watak Shredder Dalam Filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 Diperlihatkan

532

Written by:

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 bakal menyusul pada bulan Jun kelak, dan ramai peminatnya yang menantikan filem berkenaan – dimana dikatakan akan lebih memenuhi citarasa peminat komik TMNT berbanding dengan filem pertamanya yang diterbitkan pada tahun 2014 yang lepas.

Salah satu perkara yang diberikan fokus pada filem TMNT 2 ini adalah kehadiran watak Shredder yang diberikan nafas baru.

Berbanding dengan filem TMTN pertama yang kelihatan hadir dengan rekaan kostum yang agak rumit dengan penambahan yang tidak begitu diminati peminat. Terkini, melalui gambar terbaru yang dikongsikan, ia hadir lebih ringkas dan selari dengan rekaan watak berkenaan pada kartunnya.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan nafas baru Shredder ini?

Last modified: March 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *