LEGO NEXO Knights Hadir Ke Malaysia – Menyatukan Permainan Fizikal Dan Digital

1305

Written by:

Bercakap mengenai LEGO – semua peringkat umur meminatinya, tidak kira yang muda atau yang tua. Terkini, LEGO Malaysia telah memperkenalkan siri terkini dibawah mereka, iaitu LEGO NEXO Knights.

LEGO NEXO Knights merupakan siri yang mengambil latar tempat kerajaan dunia futuristik. LEGO Malaysia mengatakan Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menerima siri LEGO NEXO Knights ini.

Lego Nexo Knights

Apa yang menariknya mengenai siri LEGO NEXO Knights ini adalah kaedah permainannya yang mengabungkan dunia fizikal dan digital. Melaluinya, menggunakan sebuah aplikasi khusus, pengguna boleh mengimbas beberapa kuasa tambahan NEXO Powers yang dilakukan dengan mengimbas menggunakan aplikasi berkenaan. Ini menjadikan watak pemain lebih berkuasa apabila dimainkan.

Lego Nexo Knights

LEGO NEXO KNIGHTS ditawarkan dalam tujuh belas set berbeza, dan koleksi berkenaan kini boleh didapati dalam harga antara RM39 ke RM499.

LEGO NEXO KNIGHTS ini boleh didapati daripada The Curve Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall Putrajaya, Setia City Mall dan Queensbay Mall. Disamping itu, ia turut boleh didapati dari Toys “R” Us, AEON, Parkson, dan juga LEGOLAND Malaysia.

Last modified: March 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *