Diablo 2 Menerima Kemaskini Selepas Hampir 5 Tahun

351

Written by:

Bagi para peminat permainan Diablo 2, berita baik untuk anda selepas sekian lama senyap mengenainya. Blizzard terkini telah mula mengeluarkan kemaskini untuk permainan berkenaan, iaitu versi 1.14a.

Melalui kemaskini berkenaan, ia menawarkan keserasian permainan Diablo 2 bersama-sama sistem operasi masa kini, disamping pada masa yang sama menekankan mereka bakal menambah-baik sistem pemantauan cheat pada permainan berkenaan. Blizzard juga akhirnya menawarkan sokongan pemasangan permainan berkenaan yang lebih baik untuk OS X.

Blizzard sejak daripada tahun lepas, telah memfokuskan kepada menambah-baik sokongan permainan mereka kepada sistem operasi masa kini, dan melalui kemaskini baru yang diperkenalkan kepada Diablo 2 ini, boleh dikatakan Blizzard akan lebih aktif dalam sokongan sistem operasi moden selepas ini.

Last modified: March 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *