Filem Half-Life Dan Portal Masih Dalam Pembangunan

379

Written by:

Half-Life dan Portal merupakan antara permainan popular dikalangan gamers – dan filem berkaitan dengannya telah diperkatakan sejak tiga tahun yang lepas. Kini, bercakap mengenainya, J.J Abrams menekankan yang mana filem berkenaan masih akan dibangunkan – dan kini mereka telah mempunyai penulis untuknya.

Tiga tahun tanpa info berkaitan mungkin membuatkan ramai yang hampa dengannya, tetapi dengan info terbaru ini, mungkin ramai akan kembali menantikan filem berkenaan.

Sebelum ini, J.J Abrams telah mengumumkan kerjasama dengan Valve, dan ketika itu ia dikatakan masih dalam peringkat yang sangat awal untuk projek filem berkenaan.

Sejak daripada itu, J.J Abrams telah hadir dengan beberapa projek lain, termasuk mengarahkan filem Start Wars : Episode VII.

[Sumber : IGN]

Last modified: March 14, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *