Rey Kini Akan Jadi Lara!

307

Written by:

Tomb-Raider-1

Selepas kejayaan dan populariti yang diraih bersama Star War: The Force Awakens , dengar cerita ada kemungkinan besar Daisy Ridley akan memberi nafas baru kepada satu lagi francais yang tidak kurang hebatnya. Sumber sebuah laporan menyebut studio Warner Bros. dan MGM sedang mahu melamar beliau untuk membintangi filem adaptasi reboot terbaru dari siri permainan video, Lara Croft.

Perbincangan sudah pun berlangsung. Namun, tiada sebarang kata putus telah tercapai kerana ada beberapa lagi calon untuk watak yang pernah dilakonkan oleh Angelina Jolie masih belum diujibakat.

Pengarah asal Norway, Roar Uthaug akan mengarahkan filem ini dan ia disahkan akan mengikut kepada plot jalan cerita versi permainan video Square Enix 2013 yang menceritakan tentang pengembaraan sulung Lara Croft.

Daisy-Ridley-Rey-Star-Wars-1

 

Last modified: March 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *