Hrithik Roshan Adalah Rambo Baru Bollywood!

1891

Written by:

s-l1600

Ini ada perkembangan dan laporan terkini yang pastinya akan membuatkan para peminat filem-filem Bollywood dan juga Hollywood tidak keruan. Berita yang baru diterima ini telah melaporkan bahawa bintang berimej ‘sado’ dan macho iaitu Hrithik Roshan telah hampir pasti menjadi teraju utama untuk filem remake Rambo versi Hindi.

Ianya bakal diarahkan oleh Siddharth Anand yang juga pernah mengarahkan remake Knight and Day lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz dengan judul Bang Bang!

Tidak syak lagi Hrithik Roshan mempunyai raut wajah dan susuk tubuh persis Sylvester Stallone untuk filem yang mengisahkan seorang askar/komando elit penghidap post traumatic stress disorder yang ‘bernyawa liat’ dan telah muncul sebanyak dalam empat filem sebelum ini.

maxresdefault

Watak Rambo pertama kali muncul dalam novel First Blood tulisan David Morrell sebelum diadaptasi menjadi filem yang dibintangi Sylvester Stallone pada tahun 1982.

Last modified: March 11, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *