Filem Sekuel Untuk Deadpool Dilaporkan Sudah Dalam Pembangunan

407

Written by:

Sedikit spoiler. Jangan teruskan bacaan jika belum menonton Deadpool.

Filem Deadpool merupakan salah satu filem dibawah Marvel yang telah memulakan tayangan di seluruh dunia pada minggu ini. Pelbagai reaksi berbeza telah mula dikeluarkan penonton filem berkenaan – ada yang menyukainya, dan juga sebaliknya.

Apa pun, kini ia dilaporkan filem sekuel untuk Deadpool telah pun dalam pembangunan, dan skrip untuknya akan ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick.

Apakah kisah yang akan dibawakan oleh Deadpool 2 masih menjadi tanda tanya. Namun, sekiranya anda telah menonton filem Deadpool yang ditayangkan di pawagam kini dan menantikan sehingga tamat kredit, anda mungkin melihat watak Deadpool mengatakan kemungkinan Deadpool 2 akan hadir dengan watak Cable. Mungkinkah seperti jenaka yang dimainkan, kita akan lihat Mel Gibson memainkan watak Cable?

Last modified: February 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *