Sylvester Stallone Hampir Pasti Dalam Sekuel Guardians of the Galaxy?

333

Written by:

Novacorp

Awal minggu ini, kami ada melaporkan Sylvester Stallone telah dilihat meninggalkan sebuah hotel di Atlanta, Amerika Syarikat berdekatan dengan lokasi set penggambaran Guardians of the Galaxy Vol. 2. Beliau juga kelihatan menaiki kenderaan sama yang dinaiki oleh Chris Pratt untuk ulang-alik dari lokasi set penggambaran bersama dengan skrip filem tesebut di dalam genggaman tangannya.

Walaupun laporan berita ini belum disahkan, setakat ini kami mempunyai banyak bukti yang mengatakan beliau akan membuat kemunculan istimewa dalam filem tersebut.

Saksi-saksi yang berada di lokasi set penggambaran mendedahkan bahawa beliau telah kelihatan mengenakan seragam yang amat kita kenali. Seragam itu adalah seolah-olah dan seakan-akan seragam Judge Dredd!

stallone-judge-dredd

Sekiranya apa yang dikhabarkan di atas benar, ada kemungkinan besar Sylvester Stallone yang terkenal dengan watak Rocky dan Rambo ini akan memegang watak seorang anggota Nova Corps atau askar Kree Accuser (yang seragamnya juga saling tidak tumpah seperti seragam Judge Dredd).

Malah, sumber yang sama juga mengatakan Howard the Duck akan kembali dalam filem sekuel ini. Sama ada sumber berita ini benar atau tidak, kami ingin tahu apa pendapat anda tentang khabar angin di atas.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam pada 4 Mei, 2017

Last modified: March 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *