Spider-Man Akan Muncul Dalam Trailer Baru Civil War Esok?

1059

Written by:

VrWd0lN

Menurut sumber yang boleh dipercayai, trailer terbaru Captain America: Civil War yang akan dipertontonkan esok sudah hampir pasti akan menampilkan kemunculan Spider-Man yang telah lama dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Walaupun masih belum jelas sama ada Peter Parker akan bersama Team Iron Man atau Team Captain America atau hanya sekadar kemunculan ringkas, ternyata ini merupakan langkah pemasaran strategik untuk menangkis publisiti hebat Batman v Superman: Dawn of Justice oleh DC Comics/Warner Bros.

Khabar angin atau tidak, adalah bukan lagi rahsia bagi kita semua yang sememangnya tidak sabar untuk menantikan antara watak terutama sekali dalam Marvel Comics ini membuat penampilan sulung bersama teman-teman Avengers dalam Marvel Cinematic Universe terutamanya dalam filem ini.

Sebelum ini, Spider-Man adalah hakmilik terbitan dan edaran Sony/Columbia Pictures sebanyak lima filem (2002-2014) dan tidak dapat dikronologikan dengan filem-filem Marvel Cinematic Universe yang lain. Namun pada tahun lalu, Disney telah membuat perjanjian dengan studio produksi tersebut yang mana Spider-Man boleh kembali semula di bawah bumbung Disney/Marvel Studios dan juga akan muncul dalam filem sulungnya di sini pada 6 Julai, 2017

Captain America: Civil War akan berada di pawagam pada 5 Mei, 2016

Last modified: March 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *