Ninja Turtles 1987 vs Ninja Turtles 2016!

252

Written by:

Ya. Berita ini memang benar lagi sahih!

Episod terbaru siri animasi Teenage Mutant Ninja Turtles oleh Nickelodeon yang diberi judul ‘Trans-Dimensional Turtles’ akan menampilkan kemunculan semula penyu-penyu ninja yang asal dari era 1980an. Kedua-dua versi Ninja Turtles ini akan mengembara menelusuri dimensi masing-masing dalam misi mereka untuk menewaskan Krang dari tahun 1980an dan juga Krang versi terkini.

Lebih mengejutkan lagi apabila mereka juga bakal menziarahi versi komik yang dipopularkan oleh pencipta/pelukis Kevin Eastman terbitan Mirage Studios dalam episod yang sama.

Anda masih belum teruja? Cuba tonton klip video eksklusif di bawah sebagai buktinya:

 

 

Last modified: March 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *