Pesuruhjaya Gordon Baru Adalah Bekas Ketua Editor Spider-Man!

306

Written by:

2s9c64h.jpg

Ini ada satu perkembangan yang amat menarik perhatian peminat komik dan filem.

Awal pagi ini, kita telah mendapat laporan yang mengesahkan bahawa pelakon pemenang anugerah Oscar menerusi filem Whiplash (2014) dan pernah popular dengan watak Ketua Editor Daily Bugle, J. Jonah Jameson dalam trilogi Spider-Man (2002-2007) iaitu J.K Simmons telah dipilih untuk memegang watak Commisioner Gordon dalam filem Justice League tahun hadapan.

Untuk informasi dan perkongsian bersama, sudah ada tiga orang pelakon yang telah memegang watak itu sejak filem Batman (1989) arahan Tim Burton, trilogi The Dark Knight arahan Christopher Nolan sehingga siri televisyen Gotham (2015-). Mereka terdiri daripada Pat Hingle, Gary Oldman dan Ben McKenzie.

Justice League: Part One akan berada di pawagam pada 16 November, 2017

Last modified: March 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *