Rocky atau Rambo Bakal Muncul dalam Alam Marvel?!

280

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemKomikSemasaTV

stallone5f-4-web

Mungkinkah Stylvester Stallone akan muncul dalam Guardians of the Galaxy Vol.2? Khabar angin ini diperoleh daripada satu sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bintang filem Rocky dan Rambo itu dilihat meninggalkan sebuah hotel di Atalanta (di mana sesi penggambaran filem tersebut sedang dilakukan) dengan naskah skrip filem itu berada dalam genggamannya!

Lebih menarik, beliau juga kelihatan menaiki kereta yang sama digunakan oleh Chris Pratt (Star Lord) untuk berulang-alik dari set penggambaran.

Tiada siapa yang dapat dihubungi atau mengesahkan laporan berita ini. Namun ia tetap satu perkembangan menarik bagi Fasa 3 Marvel Cinematic Universe. Dan persoalan sebenarnya adalah: Watak apakah yang bakal dilakonkan oleh beliau andai semua telahan ini benar?

Sylvester Stallone dan Kurt Russel pernah bergandingan dalam filem Tango and Cash (1989). Jadi, adakah tidak mustahil bahawa beliau dipanggil oleh pengarah James Gunn untuk memberikan homage kepada filem tersebut?

Tidak kira sama ada watak yang diberikan adalah sekadar cameo atau mungkin satu tawaran lebih besar daripada apa yang kita sangkakan, sila kemukan komen dan pendapat anda untuk perkembangan ini.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan berada di pawagam pada 4 Mei, 2017

Last modified: March 6, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *