Big Hero 6 Bersambung ke Disney XD!

325

Written by:

time-for-an-upgrade-big-hero-6-tv-series-is-heading-to-disney-xd-871485

Big Hero 6 berjaya mendapat kutipan box office luarbiasa pada tahun 2014 apabila berjaya mengumpul sejumlah USD$657.8 juta untuk tayangan seluruh dunia dengan bajet pembikinan sebanyak USD$165 juta. Diarahkan oleh Don Hall dan Chris Williams, langkah seterusnya untuk francais ini nampaknya adalah penghasilan siri animasi televisyen yang akan ditayangkan di Disney XD. Mark McCorkie dan Bob Schooley (pencipta siri animasi Kim Possible) akan menjadi nadi utama penerbitan siri ini nanti yang dilaporkan bakal menemui peminat pada pertengahan tahun 2017.

Menurut sumber rasmi juga, ceritanya akan berkesinambunagn terus dari filem asal dua tahun yang lalu. Sama ada suara asal watak-watak yang terdahulu akan kembali, itu masih belum lagi dapat disahkan.

Apakah pendapat anda tentang laporan berita ini?

Last modified: March 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *