Black Canary Bakal ke Anugerah Juara Lagu?

306

Written by:

s-l1600-13

Ini merupakan satu strategi pemasaran kreatif dari DC Comics.

Sebagai langkah penjenamaan semula beberapa siri komik mereka, Black Canary telah diberikan suntikan baru sebagai anggota superhero yang mempunyai band sendiri berkonsepkan punk/pop. Merancakkan lagi publisiti dan promosi komik hasil karya tulisan Brenden Fletcher dan lukisan Annie Wu tersebut, ia telah diberikan EP trek lagu tersendiri dengan menampilkan DD selaku vokal utama disamping Paloma Terrific, Lord Byron dan Ditto.

Namun di sebalik tabir pembikinan dan penerbitannya, DC Comics telah memberi kepercayaan kepada teraju utama kumpulan Caveboy iaitu Michelle Bensimon dan penerbit Joseph Donovan untuk menghasilkan EP dengan tiga trek lagu di bawah nama Black Canary.

Lagu yang dicipta ternyata bagus dan ‘boleh tahan sedap’.

Tidak percaya? Cuba dengar sendiri di sini:

Last modified: March 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *