Vanessa Hudgens Dedah Rahsia Sebalik Siri TV Powerless!

253

Written by:

KomikSemasaTV

Memperkenalkan siri televisyen komedi superhero, Powerless.

Ia menampilkan Vanessa Hudgens (trilogi High School Musical) sebagai Emily Locke yang bertindak selaku ejen insuran yang menentang komuniti superhero yang sejak sekian lama dilabel mengabaikan hak dan keselamatan orang awam.

2016-0510-NBCU-Upfront-2016-Powerless-About-Image-1920x1080-CC

Baru-baru ini, barisan pelakon utama seperti Alan Tudyk sebagai Del, Christina Kirk sebagai Jackie dan Danny Pudi sebagai Teddy telah ditemubual pihak media akan siri televisyen terbaharu terbitan NBC dan DC Entertainment tersebut. Vanessa Hudgens telah mengeluarkan kenyataan ini:

 “Powerless is DC Comic’ first comedy TV series.  It’s very exciting. Normally, superheroes are really glamorized and looked up to, our show isn’t really about them.  It’s about people who live in a world filled with them.  We work at an insurance company so we’re the people who pick up after the supers.”  

Untuk paparan dan butiran lanjut, tonton video di bawah ini:

Plot asas siri terbaharu ini banyak mengingatkan kami pada sebuah babak dalam filem animasi The Incredibles (2004) yang mana Mr. Incredible telah menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri tetapi akhirnya disaman oleh individu yang sama kerana mengakibatkan beliau tercedera.

Konsep sama tetapi tidak serupa.

2016-0510-NBCU-Upfront-2016-Powerless-Show-Slide-1114x891-CC

Tiada sebarang tarikh rasmi telah dimaklumkan untuk siri televisyen Powerless.

Last modified: June 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *