Apakah Ini Binaan Kubu Jedi untuk Star Wars: Episode VIII?

215

Written by:

Masih ada 17 bulan lagi sementara para peminat seluruh dunia dapat melihat apakah nasib Rey setelah bertemu semula Luke Skywalker di penghujung Star War: The Force Awakens.

Walau bagaimanapun, kita semua dapat meredakan sedikit debar penantian itu dengan pendedahan yang amat menarik tatkala penggambaran sekuelnya sedang berlangsung di Ireland. Untuk pengetahuan ramai, sekumpulan krew filem tersebut baru-baru ini kelihatan sedang membina sebuah kubu lama di Pulau Skellig, iaitu lokasi sama di mana Rey bertemu Luke Skywalker buat pertama kali.

Ianya terletak di kawasan utara Ceann Sibéal yang berbatuan serta menghadap Lautan Atlantik.

Screen Shot 2016-06-28 at 1.52.19 AM

8kG6Cns64FTwMV2TLo4HjA-1200-80

Jentera, kren dan kontraktor binaan dilihat sedang menyiapkan kubu-kubu batu di lokasi yang cukup dramatik ini bagi menampakkan ianya seperti sebuah tempat perguruan Jedi lama untuk filem seterusnya yang bakal ditayangkan tahun hapadan.

Menurut sumber yang kami terima, barisan teraju utama seperti Daisy Ridley, Mark Hamill dan Carrie Fisher dikesan berada di sana untuk sesi penggambaran prinsipal. Filem Star Wars: Episode VIII yang belum didedahkan judulnya itu diarahkan oleh Rian Johnson (Looper, Brick) setelah menyambung tugasan J.J Abrams yang kini bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Di penghujung Star Wars: The Force Awakens (2015), Rey akhirnya telah menjumpai Mahaguru Jedi Luke Skywalker dan memulangkan kembali bilah lightsaber miliknya setelah sekian lama berlindung dan menyembunyikan diri dari pengetahuan umum.

 

 

 

Spoiler-Alert

 

 

 

Lihat foto-foto eksklusif binaan kubu Jedi di set penggambaran Star Wars: Episode VIII di bawah ini:

3498C4F800000578-3608857-image-m-247_1464186707398

3498BE3D00000578-3608857-image-m-246_1464186694610

3498C0E200000578-3608857-image-m-244_1464186626451

3498912900000578-3608857-Ceann_Sib_al_is_a_dramatic_headland_on_the_Dingle_Peninsula_name-m-245_1464186679648

3498B8DA00000578-3608857-Countdown_is_on_Episode_VIII_due_for_release_in_December_2017_wi-m-230_1464186492696

3498BFBA00000578-3608857-image-m-221_1464186250109

3498C93500000578-3608857-image-m-214_1464186125595

34988F1600000578-3608857-image-m-213_1464186008796

3498967800000578-3608857-image-m-210_1464184565527

Star Wars: Episode VIII akan berada di pawagam seluruh dunia pada 15 Disember, 2017.

 

Last modified: June 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *