Thor Bakal Kembali dengan Gaya dan Kostum Baharu menerusi Marvel NOW!

868

Written by:

Sudah hampir dua tahun sejak Thor Odinson tidak memegang tukul Mjolnir dan menyerahkan gelaran itu kepada kekasihnya, Jane Foster.
Peristiwa dalam siri komik Original Sin (2014) yang menyebabkan beliau kehilangan tangan kirinya dan hanya bersenjatakan Jarnbjorn telah menyebabkan ramai yang tertanya: Bilakakah beliau akan kembali kepada peranan asalnya dan sekali lagi mengangkat tukul Mjolnir?
nzxfjtizjqda4f8yz89c
Jawapannya yang dicari bakal ditemui September ini apabila Marvel sebentar tadi telah mendedahkan sebuah poster promosi hasil pelukis komik asal Brazil, Mike Deodato. Di sini, kita dapat melihat Thor masih memegang tukul Jarnbjorn dan juga tangan besinya. Namun perbezaaan ketara di sini adalah gaya rambut yang lebih pendek dan kemas dan serta kostumnya yang baharu.
Apakah ini perubahan yang sengaja dilakukan demi iringan kepada filem Thor: Ragnarok yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan? Nantikan perkembangan lanjut dari kami dari masa ke semasa.
Sementara itu, lihat poster promosi Marvel NOW! di bawah ini:
MARVELNOW-teaser627-62d6c

Last modified: June 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *