Dengarkan Lagu Baharu Rihannna dalam Treler Terkini Star Trek Beyond!

234

Written by:

FilemSemasaTV

Treler rasmi terbaharu untuk Star Trek Beyond telah dilancarkan sebentar tadi.

Ia memaparkan lanskap dan tema  yang agak berbeza berbanding dengan kedua-dua filem yang hadir sebelum ini, Star Trek (2009) dan Star Trek Into Darkness (2013).

Bukan sahaja pegawai-pegawai Starfleet harus bertanggungjawab dan bertindak untuk hidup dalam situasi ektrem tanpa bantuan teknologi dan kapal angkasa mereka, malah ini pertama kali kita dapat dengarkan single terbaharu dendangan bintang popular, Rihanna.

Star Trek Beyond merupakan filem ketiga dalam francais reboot Paramount yang sebelum ini pernah diarahkan oleh J.J Abrams yang kini hanya bertindak sebagai penebit dan mandat arahan diserahkan kepada Justin Lin (Fast 5, Fast & Furious 6).

Tonton treler dan dengar single terbaharu Rihanna di bawah ini:

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Pine, Idris Elba, Zoe Saldana, Simon Pegg, Zachary Quinto, Sofia Boutella, Karl Urban dan ramai lagi.

dakan berada di pawagam seluruh dunia pada 22 Julai, 2016.

Last modified: June 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *