Calon Awal Filem He-Man Akhirnya Ditemui!

335

Written by:

Perkembangan filem He-Man ini sudah lama kita tidak dengari sejak bertahun lamanya.

Namun, hari ini kita nampaknya telah mendapat perkhabaran baharu dengan McG (Terminator: Salvation, Charlie’s Angel) sudah hampir pasti mengarahkan filem terbitan Sony Pictures tersebut. Lebih menarik, pengarah itu dikatakan telah pun membuat perjumpaan dengan beberapa calon pelakon dengan Kellan Lutz menjadi teraju utamanya.

The-Legend-of-Hercules-Image-3

Di bawah ini pula adalah entri Twitter rasmi terkini dari Kellan Lutz:

Jika McG mahukan beliau sebagai He-Man, para peminat francais tersebut mungkin akan dilanda kesulitan terutaman sekali dalam mutu lakonannya yang lemah dalam The Legend of Hercules (2014). Beliau mempunyai rupa paras yang tepat jika dibandingkan dengan Dolph Lundgren dalam adapatsi filem Masters of the Universe (1987)namun kriteria itu biasanya belum menjamin pakej yang lengkap untuk sebuah filem yang mempunyai francais dan pengikutnya yang kuat sejak sekian lama menunggu.

Last modified: June 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *