Deadpool Muncul dalam X-Men: Apocalypse?

289

Written by:

Nampaknya Deadpool suka sangat memberi kelainan kepada peminat-peminat komik dan filem.

Dalam treler X-Men: Apocalypse pasaran Jepun, Deadpool muncul di penghujung video tersebut dan memberikan input kepada penonton tentang lima perkara yang mungkin ada terlepas pandang selepas menonton treler tersebut. Walaupun video ini sudah berusia beberapa minggu tetapi ia hanya dapat kami perolehi semalam dan menampilkan Ryan Reynolds sebagai Deadpool membuat parodi tentang beberapa aspek filem keenam dalam saga X-Men arahan Bryan Singer sambil mempromosi filemnya yang baharu ditayangkan di sana pada 1 Jun yang lalu.

Deadpool kini boleh didapatkan dalam format DVD dan Blu-ray manakala untuk X-Men: Apocalypse pula akan muncul menjelang September 2016. Sila tonton treler X-Men: Apocalyspe versi pasaran Jepun dengan kredit bonus bersama Deadpool di bawah ini:

Last modified: June 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *