Michael Bay Memperkenalkan Autobot Baharu dalam Transformers: The Last Knight!

335

Written by:

Sosial media sekali lagi terbukti sebagai bahan promosi yang ampuh bagi penerbit dan studio filem.

Michael Bay umpamanya telah memanfaatkan hal tersebut dengan berkongsi perkembangan terkini mengenai Transformers: The Last Knight. Beliau telah memperkenalkan sebuah robot baharu melalui akaun Instagram dan Twitter peribadinya hari ini beserta penampilan sulung Isabela Moner yang akan memegang watak bernama Izabella.

Anggota Autobot terbaharu itu digelar Squeeks.

Sekilas robot yang terbentuk dari sebuah motor skuter kelihatan seperti makhluk asing dalam filem E.T arahan Steven Spielberg. Lihat entri Michael Bay tersebut di bawah ini:

Transformers: The Last Knight akan berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Jun, 2017.

Last modified: June 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *