Poster Teaser Rasmi Power Rangers Hadir Menjelang SDCC’16!

224

Written by:

FilemSemasaTV

“Together We Are More”

Poster teaser rasmi pertama untuk filem reboot Power Rangers oleh Lionsgate menampilkan kelima-lima teraju utama filem tersebut (dari kiri ke kanan): Ludi Lin, Becky Gomez, RJ Cyler, Naomi Scott dan Dacre Montgomery.

Apa pun, mereka nampaknya tidak beraksi dengan kostum renjer masing-masing yang berwarna-warni dan popular itu. Akan tetapi, syot poster tersebut tetap kelihatan menarik dan kreatif. Dan lagi satu perkara penting yang perlu diambil kira di sini adalah kedudukan tarikh dan masa yang amat dekat dengan acara San Diego Comic-Con ( SDCC’16 berlangsung pada 21 hingga 24 Julai, 2016) tahun ini.

Mungkinkah kita akan dapat melihat treler rasmi atau babak eksklusif buat pertama kali di sana nanti tidak lama lagi?

Lihat poster teaser rasmi untuk filem tersebut di bawah ini:

CljpQiqVAAEGQAW

Power Rangers akan kembali beraksi di pawagam seluruh dunia pada 24 Mac, 2017.

Last modified: June 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *