Watak Zangief, Necalli Dan Nash Pada SFV Dipertontonkan

273

Written by:

Permainan Street Fighter V akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PC tidak lama lagi. Sejak daripada tahun lepas, pihak pembangunnya, Capcom telah hadir dengan video promosi memperlihatkan satu demi satu watak permainan berkenaan, dan terkini mereka telah memperkenalkan tiga lagi watak baru.

Melalui video baru yang dikeluarkan Capcom ini, mereka memperlihatkan watak Zangief, Necalli dan Nash.

Seperti biasa, video pengenalan ini memperlihatkan watak berkenaan dan kuasa yang boleh dikawal pemain menggunakannya.

Street Fighter V ini akan dilancarkan secara rasminya pada 16 Februari 2016 kelak, dan ia akan mempunyai sebanyak 16 watak yang boleh dimainkan, dan sebanyak 4 watak adalah watak baru.

Last modified: February 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *