EW Bocor Rahsia Besar Rogue One: A Star Wars Story!

405

Written by:

Pendedahan eksklusif menerusi sumber EW sebentar tadi telah banyak mendatangkan keceriaan di hati peminat.

Bukan sedikit yang dilaporkan. Tetapi cukup untuk mendatangkan debar dan keghairahan berpanjangan buat semua.

 

 

Spoiler-Alert

 

 

Selain kulit muka hadapan yang jelas menyatakan kehadiran semula Darth Vader, kita juga dihidangkan dengan imej-imej terbaharu kesemua barisan watak utama yang bakal kita temui menerusi filem prekuel Star Wars: A New Hope arahan Gareth Edwards (Godzilla, Monsters) tersebut.

Screen Shot 2016-06-23 at 1.14.05 AM

Diego Luna akan memegang watak Captain Cassian Andor, yang digambarkan sebagai “Pegawai Perisik Rebel yang sentiasa patuh dan setia pada ketua yang ditugaskan untuk memantau Erso”. Ramai yang meramalkan watak Donnie Yen adalah seorang Jedi tetapi sebenarnya watak Chirrut Imwe merupakan seorang pahlawan/pendita yang mempunyai pegangan dan prinsip hidupnya yang tersendiri. Jiang Wen pula berperanan sebagai Baze Malbus manakala Riz Ahmed bertindak selaku ketua juruterbang skuad ini yang panas baran bernama Bodhi Rook. Selain itu, Alan Tudylk akan memegang watak droid kental dengan gelaran K-2SO, yang dikatakan adalah “antitesis kepada watak C-3PO”.

000a3r54324-r2d2-ew1421

Seperti yang ramai sedia maklum, watak Mads Mikkelsen adalah ayah Jyn Erso yang sudah lama hilang iaitu Galen Erso, yang disebut-sebut memiliki “maklumat penting yang saling menjadi rebutan Angkatan Empire dan puak Rebellion”. Penjahat utama dengan gelaran Director Orson Krennic lakonan Ben Mendelsohn pula dikhabarkan sering mempunyai misi untuk berkhidmat serta memuaskan hati Emperor Palpatine tetapi gentar dengan kehadiran Darth Vader.

Akhir sekali adalah watak Forest Whitaker yang jelas paling misteri setakat ini. Sumber yang kami perolehi dari beberapa pihak menyatakan bahawa “peminat fanatik Star Wars akan terus mengenali beliau apabila namanya muncul dan didedahkan kelak walaupun penampilan beliau kelihatan berbeza dengan yang pernah disaksikan sebelum ini menerusi francais Star Wars yang lain”.

Tetapi kami telah membuat banyak analisa dan rujukan serta yakin beliau akan memegang watak Saw Gerrera yang pernah muncul dalam siri animasi Clone Wars berdasarkan kepada video terbaharu The Star Wars Show minggu ini.

Lebih banyak maklumat akan kami kongsikan dari masa ke semasa. Buat masa ini, lihat barisan watak-watak utama yang bakal beraksi dalam Rogue One: A Star Wars Story hujung tahun ini:

46813520000

46488226693000

dg4515572999630

864531289888000

dg044484152999630

846515888554100

54158s4168000

46488vrt445883000

Rogue One: A Star Wars Story akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 December, 2016.

 

Last modified: June 23, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *