Go, Go.. Power Rangers Kembali Beraksi!

450

Written by:

Nampaknya filem reboot terbitan Lionsgate di atas baru sahaja memulakan penggambaran prinsipalnya pada hari ini di Vancouver, Kanada. Menurut siaran media yang diterima sebentar tadi, ia bakal menemui kita semua pada tahun hadapan dengan gabungan elemen-elemen asal dan perubahan serba baharu untuk peminat setianya.

Filem yang diinspirasikan daripada siri TV kegemaran ramai sekitar tahun 90an itu bakal dibarisi oleh ramai pelakon baru seperti Dacre Montgomery (A Few Less Men), RJ Cyler (Me And Earl And The Dying Girl), Naomi Scott (The Martian), Becky Gomez (Empire) dan Ludi Lin (Monster Hunt). Manakala watak penjahat popular, Rita Repulsa telah disahkan menjadi milik Elizabeth Banks (Pitch Perfect, The Hunger Games).

Power-Rangers-the-movie

Sementara itu, sejak beberapa minggu yang lalu kesemua pelakon-pelakon utama yang bakal beraksi sebagai anggota Power Rangers baru untuk filem ini telah meluangkan masa bersama, mengenal hati budi masing-masing bagi mendapatkan mood dan chemistry sebelum penggambaran bermula. Bagi membuktikannya, mereka telah berkongsi foto di internet yang mana secara tidak langsung memberikan gambaran awal bagaimana Power Rangers versi generasi terkini bakal terlihat kelak:

12502024_839299072862475_540261514_n

Power Rangers bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 23 Mac, 2017

Last modified: March 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *