Hari ini banyak laporan terbaharu yang kami terima dari DC Comics.
Untuk itu, pihak Warner Bros. and DC telah mengalihkan sedikit perhatian kita dari perkembangan filem Justice League sejenak untuk memberi laluan kepada promosi filem Suicide Squad pula.
Mereka telah menghadirkan barisan poster-poster promosi yang memberi tumpuan kepada Deadshot (Will Smith), the Joker (Jared Leto), Harley Quinn (Margot Robbie) dan kesemua anggota Task Force X yang diinspirasikan oleh tema dan unsur komik yang berwarna-warni sebagai motif latarbelakang.
Semua poster tersebut boleh anda lihat di sini:
Suicide Squad akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Ogos, 2016.
Last modified: June 22, 2016