Filem Justice League Hadir dengan Logo, Tarikh, Sinopsis dan Butiran Baharu!

724

Written by:

Pada asalnya, kita dijanjikan dengan dua buah filem Justice League.

Bahagian Satu pada 17 November, 2017 dan Bahagian Dua lagi pada 14 Jun, 2019. Tetapi nampaknya semua itu akan diubah dan kita bakal menyaksikan hanya satu sahaja filem Justice League menjelang tahun hadapan berdasarkan sumber yang disalurkan oleh Empire.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Deborah Snyder selaku penerbit filem dan isteri kepada pengarah filem tersebut, Zack Snyder.

CeKGRBVW0AAwE31

Selain dari itu, lebih banyak laporan telah kami diperolehi dari Joblo.com dengan butiran-butiran di bawah yang telah disahkan oleh sumber produksi yang dekat dengan mereka:

 

 

Spoiler-Alert

 

 

  • Justice League akan mempunyai ton cerita yang lebih ringan dan ringkas yang memberi fokus kepada usaha untuk menyatukan semua superhero demi melawan musuh yang sama.
  • Pengaruh kuat dari jalan cerita klasik Jack Kirby dan cabaran untuk mencari tiga Mother Box: Satu di bumi, satu di Atlantis dan satu di Themyscira.
  • Justice League berlaku hampir setahun selepas kejadian dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice.
  • Sebahagian besar filem ini nanti akan memberi tumpuan kepada usaha Batman mengumpulkan semua anggota Justice League dengan Superman yang akan kembali dari ‘mati’ dengan gaya rambut yang sedikit panjang dan berlainan.
  • Pelakon watak penjahat Steppenwolf masih belum ditemui dan kehadiran serta pengaruh Darkseid akan makin dirasai. Parademon akan muncul semula dan Lex Luthor juga akan kembali dengan peranan lebih besar.
  • Kostum Batman telah dikemaskini tetapi kita semua hanya akan dapat lihat pada penghujung filem tersebut.
  • Batman telah membina sebuah pesawat khas dengan kod nama ‘Flying Fox’ untuk kegunaan Justice League.
  • Batman akan muncul dengan jentera baharu bernama ‘Nightcrawler’ (yang dikhabarkan adalah rekaan Thomas Wayne) sebagai tambahan kepada Batmobile yang juga telah dikemaskini.

justice-league-batmobile

  • Willem Dafoe akan memegang watak Vulko, mentor kepada Aquaman.
  • Mera memilki kuasa sihir dan permaisuri yang memiliki kostum rantai besi.
  • J.K. Simmons akan mempunyai paras rupa dan wajah Pesuruhjaya Gordon yang klasik.
  • Kostum The Flash akan dipengaruhi material dan seragam angkasawan. Walau bagaimanapun, Batman akan mencipta kostum yang lebih praktikal dan ringan untuk beliau.
  • Kostum Cyborg akan dijana 100% menggunakan efek digital komputer (CGI).
  • Junkie XL masih menyumbang skor bunyi manakala peranan Hans Zimmer masih belum ditentukan.
Justice-League-Movie-Logo-Black-Square

Di atas adalah logo rasmi yang akan digunakan untuk produksi dan promosi filem ‘Justice League’ menjelang tarikh tayangan baharu hujung tahun hadapan.

Berikut pula adalah sinopsis rasmi yang telah diberikan kepada kami oleh pihak Warner Bros. Pictures sebentar tadi:

“Fueled by his restored faith in humanity and inspired by Superman’s selfless act, Bruce Wayne enlists the help of his newfound ally, Diana Prince, to face an even greater enemy. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to find and recruit a team of metahumans to stand against this newly awakened threat. But despite the formation of this unprecedented league of heroes—Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg and The Flash—it may already be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.”

Justice-League-Set-Photo-Zack-Snyder-Jason-Momoa
Justice League kini dengan rasmi akan menjadi satu filem dan bakal berada di pawagam seluruh dunia 17 November, 2017.

Last modified: June 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *