Flashpoint akan Muncul dalam Musim Terbaharu The Flash!

498

Written by:

KomikSemasaTV

Akhirnya, ia berlaku: The Flash Musim Ketiga dengan rasminya akan mengadaptasi siri komik paling popular mereka – Flashpoint!

Awal hari ini, menerusi Twitter rasmi milik Grant Gustin yang baharu sahaja selesai membaca skrip Musim Ketiga siri tersebut telah berkongsi dan mendedahkan jalan cerita The Flash setelah mendapat kebenaran Penerbit Eksekutif, Greg Berlanti. Untuk mereka yang mengikuti perkembangan dan membaca komik The Flash, Flashpoint merupakan siri komik penting yang mengubah haluan keseluruhan dunia DC Comics bermula pada tahun 2011.

s-l1600 (3)
Sama ada jalan cerita yang tersebut akan memberi kesan kepada siri televisyen yang lain seperti Supergirl, Arrow, dan DC’s Legends of Tomorrow, ia sama sekali tidak akan memberikan impak yang besar kerana masing-masing akan mengikut haluan dan plot cerita yang sedia ada. Apa yang pasti, keempat-empat siri televisyen terbitan WB itu akan bertembung dalam crossover empat episod menjelang hujung tahun ini.

Dengan perkembangan terbaharu ini, apakah kisah Crisis on Infinite Earths bakal berlaku sepertimana yang pernah dibayangkan dalam Musim Pertama dua tahun lalu? Hanya masa yang akan menentukan.

Sementara itu, lihat Tweet Grant Gustin dan Greg Berlanti di bawah ini:

Screen Shot 2016-06-21 at 2.32.00 PM

Untuk yang belum pernah membaca komik Flashpoint, ia telah memberikan perubahan besar-besaran setelah penamat siri tersebut dengan pelancaran semula barisan 52 judul DC Comics (dinamakan DC New 52) dan ditulis oleh Geoff Johns yang kebetulan adalah Penerbit Eksekutif The Flash dan juga Ketua Pegawai Kreatif DC Comics.

Dalam siri mini tersebut, Barry Allen telah dikejutkan dengan dunia/masa alternatif yang mana ibunya tidak pernah mati, kebanyakan superhero adalah penjahat, Aquaman berperang dengan Wonder Woman, Batman adalah Thomas Wayne (ayah kepada Bruce Wayne yang mati) dan Captain Cold adalah superhero utama Central City dengan nama Citizen Cold.

Last modified: June 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *