Lihat Foto-foto Terkini filem The Legend of Tarzan!

577

Written by:

Filem Raja Rimba yang baharu, The Legend of Tarzan akan bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Julai, 2016.

Untuk menyambut tayangan filem ini, pihak Warner Bros. telah menghadirkan deretan foto-foto rasmi yang diambil dari berbagai adegan filem tersebut. Di sini, kita dapat menyaksikan bintang-bintang utama sedang beraksi di dalam filem ini.

Film ini dibintangi oleh Alexander Skarsgård (True Blood, Battleship) sebagai Tarzan, Margot Robbie (Focus, The Wolf of Wall Street, Suicide Squad) sebagai Jane serta dibantu oleh Samuel L. Jackson, Christoph Waltz dan Djimon Hounsou. The Legend of Tarzan disutradarai oleh David Yates yang pernah mengarahkan beberapa filem Harry Potter.

Ia mengisahkan tentang perjalanan Raja Rimba, Tarzan yang kembali ke hutan belantara Congo setelah sekian lama meninggalkan tempat tersebut sebagai seorang bernama John Clayton III, Lord Greystoke bersama dengan isteri tercintanya, Jane untuk mewakili pihak parlemen. Tanpa disedari ia telah diperalatkan oleh seorang bekas tentera yang berasal dari Belgium yang bernama Kapten Leon Rom.

Menurut pihak Warner Bros, filem tentang Tarzan ini akan menceritakan semula kisah Tarzan dengan kemasan yang lebih segar dan cerita yang lebih dinamik dengan menghadirkan barisan bintang popular supaya ia nampak lebih menarik.

Anda dapat melihat foto-foto tersebut dalam galeri di bawah ini.

legend-tarzan-djimon-hounsou-movie

legend-tarzan-margot-robbie-jane-movie

legend-tarzan-samuel-l-jackson-movie

legend-tarzan-alexander-skarsgard-shirtless

legend-tarzan-jane-robbie-skarsgard-movie

legend-tarzan-christopher-waltz-rom

legend-tarzan-samuel-jackson-margot-robbie

legend-tarzan-christopher-waltz-captain-rom

legend-tarzan-skarsgard-jackson

Tarzan adalah watak fiksyen yang diciptakan dan dikarang oleh Edgar Rice Burroughs, yang muncul pertama kali dalam Tarzan of the Ape pada tahun 1912.

 

Last modified: June 20, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *