Tonton Treler Perdana Siri TV Westworld oleh Jonathan Nolan dan J.J Abrams!

249

Written by:

FilemSemasaTV

Perjalanan panjang siri televisyen Westworld terbitan HBO akhirnya sudah menampakkan hasilnya.

Setelah beberapa ketika mengalami masalah produksi, ia akhirnya hadir dengan sebuah treler rasmi yang remake filem dengan judul yang sama pernah ditayangkan pada tahun 1973.

MV5BMjIxMDY2MTAzMV5BMl5BanBnXkFtZTgwNDA3NjAxMDE@._V1_

Produksi hasil usahasama dengan Bad Robot milik J.J. Abrams ini ditulis skripnya oleh Jonathan Nolan (Interstellar, The Dark Knight Trilogy) yang bertindak juga sebagai penerbit. Westworld juga akan diterbitkan oleh J.J Abrams, Jerry Weintraub dan Bryan Burk.

Westworld yang dijadualkan akan ke udara pada suku terakhir hujung tahun ini dibarisi bintang ternama seperti Anthony Hopkins, Evan Rachel Wood, Ed Harris, James Marsden, Jeffrey Wright, Thandie Newton, Shannon Woodward, Rodrigo Santoro, Angela Sarafyan, Simon Quarterman, Sidse Babett Knudsen, Ingrid Bolsø Berdal, Ben Barnes, Jimmi Simpson, Lili Simmons dan Clifton Collins, Jr.

Lihat treler di bawah untuk treler rasmi Westworld:

Untuk versi filem asal Westworld yang ditayangkan pada tahun 1973 pula, ianya dibintangi oleh Yul Brynner dan James Brolin yang diarahkan dan ditulis skripnya oleh Michael Crichton (Jurassic Park, Lost World)

Last modified: June 20, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *