Anton Yelchin, 27 Tahun, Mati Akibat Kemalangan Kereta

393

Written by:

Adalah dengan rasa dukacita dilaporkan bahawa pelakon Anton Yelchin telah meninggal dunia sebentar tadi pada usia 27 tahun.

Sumber-sumber sahih yang kami perolehi memaklumkan beliau dijumpai mati di rumah beliau sendiri di San Fernando Valley pada jam 1.00 pagi akibat kemalangan kereta. Pihak polis tidak mengesyaki sebarang unsur sabotaj atau jenayah. Publisis beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang berikut:

Actor Anton Yelchin was killed in a fatal traffic collision early this morning, his family requests you respect their privacy at this time.

Beliau meraih populariti menerusi watak Ensain Pavel Chekov dalam reboot terkini Star Trek dan juga sebagai Kyle Reese dalam Terminator Salvation. Selain itu, beliau juga turut membintangi filem-filem lain seperti Fright Night, Green Room, The Driftless Area, Burying the Ex,Rudderless, The Smurfs 2, Like Crazy, Charlie Bartlett dan Alpha Dog.

Beliau juga baru selesai beberapa produksi filem iaitu We Don’t Belong Here, Rememory dan Porto, yang mana kesemuanya bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

john-cho,-simon-pegg,-zoe-saldana,-karl-urban,-anton-yelchin,-and-chris-pine-in-star-trek-(2009)

Anton Yelchin sebagai Ensain Pavel Chekov bersama anak kapal Starship Enterprise dalam reboot ‘Star Trek’ terbaharu.

Anton Yelchin merupakan satu-satunya anak tunggal kepada sepasang bekas atlet peluncur ais Olimpik yang berasal dari Saint Petersburg, Russia.

Salam takziah dari kami di JEDA.MY

Last modified: June 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *