Mephisto Seteru Utama The Defenders dalam Netflix?

315

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Dengan acara Comic-Con yang hampir tiba, makin banyak berita dan laporan mula menderu pantas.

Yang terkini adalah sumber yang kami terima dari Screen Geek yang melaporkan identiti penjahat yang bakal dihadapi oleh Daredevil, Jessica Jones, Iron Fist dan Luke Cage apabila mereka berpadu tenaga dalam siri televisyen The Defenders di bawah saluran Netflix tidak lama lagi.

Defenders-1024x576

Siapakah dia? Khabar angin yang sedang bertiup kencang kala ini adalah Marvel dikatakan akan menggunakan Mephisto. Pilihan ini agak di luar jangkaan tetapi dengan kehadiran filem Doctor Strange dan siri televisyen Iron Fist yang bakal menambahkan elemen mistik dan supernatural dalam Semesta Sinematik Marvel, ini mungkin tidak mustahil.

Sumber itu juga ada menyebut bahawa pemilihan itu telah dilakukan untuk tetapan fasa terbaru siri Marvel di Netflix, sekaligus teori dan idea kemasukan nama-nama lain seperti Blade, Ghost Rider dan Moon Knight.

Cuma ada beberapa kesulitan bakal timbul:

Pertama, ini merupakan sumber berita sama yang pernah melaporkan bahawa Vincent D’Onofrio akan kembali berperanan sebagai Kingpin dalam Spider-Man: Homecoming (tetapi dinafikan sendiri oleh pelakon tersebut). Kedua, banyak petanda-petanda awal telah menunjukkan bahawa pasukan yang bakal bersatu ini akan bertempur dengan The Hand seperti mana kemunculan mereka dalam Daredevil sebelum ini.

4-sensational-sm-41-p-18

Dengan sesi penggambaran dijadualkan bermula pada Ogos hingga Oktober ini, kami akan cuba memperolehi seberapa banyak maklumat sahih yang mungkin sama ada semasa San Diego Comic-Con atau New York Comic-Con tahun ini.

Last modified: June 19, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *