Superman Baharu Telah Dijumpai untuk Siri Televisyen Supergirl Musim Kedua!

273

Written by:

Seorang lagi wajah baharu bakal mewakili superhero paling ikonik dalam sejarah komik dan televisyen.

Berdasarkan sumber THR, pelakon yang akan menyarung sayap berwarna merah dan kostum biru berlambangkan ‘S’ di dada dalam siri televisyen Supergirl musim akan datang adalah Tyler Hoechlin (Teen Wolf, Road To Perdition, Fifty Shades of Grey).

gallery-1456760731-gettyimages-476623442

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Penerbit Eksekutif Supergirl Andrew Kreisberg mengenai pemilihan beliau:

Greg [Berlanti] and I have wanted to work with Tyler for ages, so this worked out perfectly because Tyler is Superman. We are so thrilled and humbled to add another amazing actor to the legacy of this iconic character.

Tyler Hoechlin merupakan pelakon kedua yang memegang watak Superman/Clark Kent di kaca televisyen menerusi saluran CW selepas Tom Welling yang memegang peranan tersebut selama 10 musim berturut-turut dalam Smallville.

Supergirl akan kembali bersiaran untuk Musim Kedua pada suku terakhir 2016.

 

Last modified: June 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *