Treler Teaser Terbaharu Kabali Lebih Menyengat!

1001

Written by:

Seperti yang dijadualkan, treler teaser terbaharu Kabali telah dilancarkan hari ini.

Walaupun terdapat beberapa spekulasi mengenai status kesihatan pelakon bertaraf bintang dari India itu, Rajinikanth tetap membuktikan beliau masih mampu memberikan yang luarbiasa buat peminatnya. Beliau yang kini sudah mencecah usia 65 tahun kelihatan mantap dan bertenaga jika disandarkan kepada kedua-dua treler Kabali yang dipertontonkan kepada kita setakat ini.

Sejak treler sulungnya keluar dua bulan yang lalu, ia bukan sahaja telah mencipta sejarah dengan memecah rekod tontonan terbanyak dengan lebih 5 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam di rantau Asia, malah berjaya membuka mata peminat-peminatnya bahawa beliau masih punya banyak lagi aksi yang mahu ditawarkan.

Kabali diinspirasikan daripada kisah benar seorang ketua kongsi gelap dari Chennai bernama Kabaleeswaran. Rajinikanth sekali lagi akan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap selepas watak Manik Baasha dalam filem Baasha pada tahun 1995.

kabali_new_stills_0

Selain menggunakan latar belakang Malaysia terutamanya di Melaka, apa yang lebih menarik adalah apabila beberapa pelakon tempatan turut membintangi filem berbajet besar ini iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan. Dikhabarkan juga pihak pengedar mengambil inisiatif untuk mengalih bahasa filem tersebut ke dalam Bahasa Malaysia.

Diterbitkan oleh Kalaipuli S Dhanu, filem ini turut dibintangi oleh Radhika Apte, Kalaiarasan, Winston Chao, Dinesh dan Dhansika.

Tonton teaser treler kedua Kabali di bawah ini:

Kabali akan berada di pawagam seluruh negara pada 15 Julai, 2016.

Last modified: June 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *